Dasar Privasi KahwinLife.com

 

  1. Umum

Halaman ini menerangkan Dasar Privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan kepada sebarang maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung portal KahwinLife. Sekiranya anda ingin mendaftar sebagai vendor perkahwinan dan membuat transaksi atau menghantar maklumat samada melalui e-mel, e-borang dan sebagainya yang mengandungi info peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan pengguna atau pengiklan lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih efektif dan berkesan. Antara contoh tersebut adalah seperti memberikan testimoni kepada vendor perkahwinan atau pengiklan yang tersenarai di dalam KahwinLife.com.

Portal web KahwinLife mempunyai pautan ke laman-laman web lain. Dasar Privasi ini hanya terpakai untuk portal web KahwinLife ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman-laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi mereka yang tersendiri.

Anda boleh menggunakan portal KahwinLife tanpa perlu memberikan maklumat peribadi. Semasa menggunakan portal KahwinLife, anda tidak akan dikenali dan pihak kami tidak akan mengetahui siapa diri anda kecuali anda mempunyai akaun dan telah masuk ke akaun anda dengan menggunakan pengenalan diri dan kata laluan yang telah didaftarkan.

 

  1. Cookies

Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenalpasti layaran anda di masa akan datang. Cookies ini tidak akan merekodkan data anda secara kekal dan tidak akan disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ianya akan dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan laman web KahwinLife ini.

 

  1. Maklumat Log

Apabila anda melayari KahwinLife.com, pelayan web kami akan merekodkan secara automatik maklumat yang dihantar oleh pelayar internet anda semasa melawat laman web kami. Log pelayan ini akan merekodkan maklumat seperti permintaan web anda, alamat protokol internet, jenis dan bahasa pelayar web, tarikh dan masa bagi permintaan anda dan cookies yang dapat mengenal pasti pelayar internet anda.

 

  1. Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk enkripsi data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

 

  1. Keselamatan Storan

Kesemua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang diyakini sesuai dan selamat.

 

  1. Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel, e-borang atau pendaftaran sebagai vendor atau pengiklan yang merupakan bahagian yang dilindungi di dalam laman web ini.

KahwinLife.com tidak menjual, berkongsi atau melakukan perniagaan maklumat peribadi pengguna yang telah dikumpulkan di dalam talian dengan Pihak Ketiga. Maklumat peribadi yang diterima di dalam talian hanya diketahui di kalangan staf KahwinLife untuk kegunaan dalaman sahaja.

Maklumat peribadi yang kami terima daripada anda akan digunakan untuk tujuan kajian dan penilaian untuk membantu kami meningkatkan mutu kualiti portal KahwinLife dan perkhidmatan yang kami sediakan, menyemak muat turun data daripada portal kami, menambahbaik lakaran dan/atau isi kandungan portal KahwinLife dan mengubahnya untuk kegunaan pengguna, mengenalpasti pelawat-pelawat ke portal kami, menjalankan kaji selidik ke atas demografi pengguna, penghantaran maklumat kepada anda berkenaan dengan produk dan perkhidmatan kami, sekiranya anda tidak menolak daripada dihubungi untuk tujuan tersebut.

Apabila anda berdaftar sebagai pengguna di portal KahwinLife, kami juga akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar maklumat pemasaran dan/atau promosi dari semasa ke semasa. Kami juga dibolehkan mengguna maklumat anda untuk menghantar e-buletin berkenaan KahwinLife.

Anda boleh menolak daripada melanggani maklumat pemasaran pada bila-bila masa dengan menggunakan butang ‘Tidak Melanggan / Unsubscribe’ di dalam portal kami.

Sebarang bayaran yang dibuat oleh anda melalui portal KahwinLife akan diproses oleh agen kami. Anda hendaklah menyerahkan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan kepada agen tersebut atau portal KahwinLife dan anda hendaklah memaklumkan kepada kami jika terdapat sebarang perubahan atau kesilapan maklumat.

Anda hendaklah menjaga segala maklumat sensitif untuk memasuki akaun KahwinLife anda secara rahsia dan tidak membenarkan penggunaan oleh Pihak Ketiga tanpa kebenaran oleh anda. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang salah guna ke atas kata laluan kecuali salah guna tersebut adalah oleh pihak kami.

 

  1. Kemaskini Maklumat Peribadi Anda

Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan memasuki akaun anda di portal KahwinLife.com.

 

  1. Pindaan Dasar

KahwinLife.com berhak untuk mengubah dan menukar Dasar Privasi pada bila-bila masa. Sekiranya Dasar Privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemaskini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemaskini dengan Dasar Privasi kami yang terkini.

 

  1. Pertanyaan, Aduan atau Cadangan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai Dasar Privasi kami atau portal KahwinLife.com ini, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel hello@KahwinLife.com, e-borang yang disediakan di dalam portal ini atau di mana-mana saluran media sosial kami.