no script
Ramai bakal pengantin seringkali buntu bila memikirkan doorgift yang ingin diberikan kepada tetamu yang hadir ke majlis mereka. Di sini kami senaraikan 10 idea doorgift yang murah, cantik dan menarik.


1 – Buku Surah Yaasin

Buku Yaasin yang mempunyai reka corak yang kreatif dan menarik sangat sesuai dijadikan sebagai doorgift untuk tetamu yang hadir di majlis anda. Harga biasanya sangat murah dan tidak membebankan bajet perkahwinan anda serta memberi manfaat kepada si penerima, insyaAllah.

#doorgift#cantik#menarik#murah

2 – Coklat

Anda boleh menempah rekaan coklat bar mengikut cita rasa dan tema majlis anda. Rekaan kreatif yang dihias di coklat bar menjadikannya sangat cantik dan harga bagi satu unit coklat bar seperti ini juga kebiasaannya agak murah. Sedap, cantik dan murah. Best, kan?

#doorgift#cantik#menarik#murah

3 – Botol Kaca Berhias

Pemberian doorgift botol kaca yang diisi dengan biskut kecil atau gula-gula sememangnya menarik dan cantik untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. Untuk lebih jimat, beli botol, hiasan reben dan isinya berasingan.

#doorgift#cantik#menarik#murah

4 – Biskut Macaron

Biskut macaron mempunyai rupa yang cantik dan amatlah sesuai dijadikan doorgift untuk tetamu yang hadir di majlis anda. Dengan reka bentuk yang comel serta warna yang menarik pasti dapat memikat hati si penerima.

#doorgift#cantik#menarik#murah

5 – Jem Buah

Botol kaca yang diisi jem buah-buahan juga sangat menarik dan cantik reka bentuknya. Lebih-lebih lagi apabila terdapat jem berlainan perisa seperti, strawberi, aprikot, blackcurrant dan sebagainya. Semeriah majlis anda.

#doorgift#cantik#menarik#murah

6 – Kon Berisi biskut atau gula-gula

Idea ini lebih ringkas dan kebiasannya boleh didapatkan pada harga yang rendah. Namun, dari segi visual ia boleh setanding dengan door gift yang lebih mahal.

#doorgift#cantik#menarik#murah

7 – Biskut / Cookies

Biskut yang sangat menarik, kreatif dan cantik kerana anda boleh request design mengikut cita rasa anda sendiri. Sesuai diberikan kepada tetamu dengan design gambar atau kata-kata yang menarik di atas biskut ini.

#doorgift#cantik#menarik#murah

8 – Popcorn

Popcorn juga pilihan yang bagus kerana harga seunitnya kurang dari RM 1. Pembekal juga biasanya menawarkan popcorn dalam pelbagai warna, menjadikan doorgift ini lebih cantik.

#doorgift#cantik#menarik#murah

9 – Pewangi

Untuk sedikit kelainan, pewangi juga boleh dijadikan door gift. Bukan sahaja murah, malah terdapat pelbagai rekaan yang menarik untuk dijadikan pilihan. Setiap kali tetamu terhidu wangin tersebut, teringat mereka kepada anda.

#doorgift#cantik#menarik#murah

10 – Kraftangan (DIY)

Jika anda berasa buntu untuk memikirkan idea doorgift, anda boleh buat sendiri doorgift anda dengan sangat mudah. Sebagai contoh, hanya menggunakan bahan seperti cawan kertas yang digunting seperti gambar di bawah, anda juga boleh menambah hiasan seperti bunga kertas di atas permukaan tersebut. Hasilnya, bekas tersebut boleh diisi dengan makanan seperti biskut, gula-gula, kacang dan lain-lain lagi. Pasti hasilnya nanti amat menarik, cantik serta murah.

#doorgift#cantik#menarik#murah

 

Anda ada idea door gift lain yang juga murah dan menarik? Kongsikan di ruang komen di bawah. Kongsikan artikel ini supaya ramai lagi boleh dapat idea menarik untuk dijadikan door gift majlis perkahwinan mereka.

Untuk mencari vendor yang menawarkan tempahan produk door gift, anda boleh ke laman utama KahwinLife.com, atau terus ke laman kategori door gift. Semoga berjaya!

Artikel menarik:

Kongsikan