no script

Orang dulu-dulu kata kalau nak menambat hati suami, pikat dari perutnya dahulu. Sesibuk mana pun isteri, cuba luangkan masa sedikit untuk memasak kerana air tangan isteri ada berkatnya. Di sini terdapat beberapa menu masakan yang sering diminati oleh masyarakat umum.

1) Cekodok / Cucur Kodok / Jemput-jemput


Siapa kata kalau nak menambat hati suami kena masak yang susah-susah. Waktu yang sesuai untuk dihidangkan cekodok bersama air teh tarik adalah pada waktu suami pulang balik dari kerja atau di waktu pagi hujung minggu. Masakan menu ringkas cekodok ini pon boleh buat suami cair tau. Ada pelbagai jenis cekodok yang boleh dibuat bergilir-gilir, seperti cekodok bawang, cekodok ikan bilis, cekodok udang, cekodok pisang, cekodok jagung, dan macam-macam lagi.

2) Nasi Goreng Kampung


Ini makanan favourite ramai orang. Cara masakannya juga adalah mudah dan ringkas. Boleh dihidangkan pada waktu sarapan pagi sebelum suami pergi ke kerja. Jika suami anda sukakan pedas, boleh tambahkan cili padi supaya rasanya lebih terangkat.

3) Ayam Masak Lemak Cili Api

Ini makanan wajib bagi orang Negeri Sembilan. Masakan ini juga menjadi menu kegemaran buat ramai orang. Jika dimasak dengan resepi dan cara yang betul memang menjadi sangat kaww rasanya. Pasti suami akan melekat duduk di rumah.

4) Asam Pedas

Ini pula menu kegemaran buat orang negeri Johor dan Melaka. Jika suami anda dari negeri tersebut, bolehlah cuba masak asam pedas ikan merah di rumah. Jangan lupa letakkan daun kesum bagi menaikkan bau masakkan ini. Isi masakan asam pedas juga boleh ditukar-tukar, seperti ikan (pelbagai jenis), ayam, daging lembu, malah daging kambing. Ikut selera masing-masing.

5) Spaghetti / Pasta

Sekali-sakala anda boleh cuba kelainan dengan masakan western seperti spaghetti. Resepi spaghetti juga sangat mudah dan ringkas. Selain spaghetti, pasta-pasta lain juga sama mudah dan sedap, seperti macaroni dan penne. Antara jenis masakan pasta yang popular ialah spaghetti bolognese, fetucini carbonara dan mac ‘n cheese.
Sos-sos pasta yang siap mudah didapati di kebanyakan pasaraya. Hasilnya pula sedap dan menyelerakan.

Anda ada lagi resepi yang boleh menambat hati suami? Kongsikan di ruang komen di bawah.

Menarik:
– 5 Tips Bersenam Untuk Bakal Pengantin
– Checklist Persiapan Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin

Untuk tips menarik seperti ini di masa akan datang, sila like dan share page Facebook kami, atau daftar utk newsletter KahwinLife.com.
Bagi memudahkan persiapan perkahwinan anda, cari baju pengantin, katering, servis fotografi perkahwinan dan lain-lain di laman utama KahwinLife.com.

Artikel menarik:

Kongsikan