no script

Pernahkah anda terfikir bahawa apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda menjelang hari perkahwinan anda? Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sejak awal boleh menjadikan anda bakal mempelai yang sihat malah menjamin hari tuamu.

Di bawah ini kami kongsikan 5 tips bersenam untuk mendapatkan badan yang sihat dan cantik menuju hari perkahwinan anda:

1)  Bersenam 3 kali seminggu
Mengamalkan aktiviti senaman seperti berjogging, senaman di gym, aerobik dan lain-lain lagi dapat menguatkan otot serta jantung anda. Bersenam juga dapat mengeluarkan toksin dalam badan melalui peluh. Untuk permulaan, lakukan senaman 3 kali seminggu untuk gaya hidup yang sihat.

2) Mulakan regangan badan dahulu
Senaman regangan perlu dilakukan sebelum kita memulakan aktiviti berat. Senaman ini bertugas untuk meningkatkan suhu otot, meningkatkan fleksibiliti sendi dan juga mengelakkan kecederaan berlaku. Jadi wajib untuk anda melakukan senaman regangan badan pada sebelum dan selepas bersenam berat.

3) Bersenam mengikut keupayaan diri
Jika anda baru sahaja memulakan gaya hidup bersenam, lakukan senaman mengikut tahap keupayaan diri. Jangan terus melakukan senaman yang terlalu berat kerana boleh mencederakan badan malah mengancam nyawa anda.

4) Tempoh bersenam yang ideal
Luangkan masa untuk melakukan aktiviti senaman paling kurang 30 minit sehari. Jika badan anda sudah mampu, tambahkan pula dengan aktiviti yang lain serta tempoh senaman yang lebih lama.

5) Amalkan diet yang sesuai
Pemakanan sangat mempengaruhi tubuh badan manusia. Maka, pengambilan sukatan makanan yang betul dan sihat akan memberi kesan yang baik kepada badan anda. Elakkan mengambil makanan yang tidak sihat seperti makanan segera, kek, air gas, coklat dan lain-lain lagi. Banyakkan pengambilan sayur, buah-buahan dan protein untuk mudah membakar lemak serta memberi tenaga cukup untuk bersenam.

Kebaikan senaman dan gaya hidup yang sihat bukanlah sekadar untuk persiapan hari perkahwinan dan rupa fizikal sahaja. Individu yang sihat juga mempunyai pemikiran yang lebih tenang dan emosi yang lebih stabil. Bak kata orang,”Badan cergas, minda cerdas”.

Akhir kata, kami harap bacaan ini boleh memberi manfaat kepada anda, dan semoga anda semua dapat mencapai kesihatan tubuh yang baik.

Menarik:
– 5 Tips Memilih Baju Pengantin
– Checklist Persiapan Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin

Untuk tips menarik seperti ini di masa akan datang, sila like dan share page Facebook kami, atau daftar utk newsletter KahwinLife.com.
Bagi memudahkan persiapan perkahwinan anda, cari baju pengantin, katering, servis fotografi perkahwinan dan lain-lain di laman utama KahwinLife.com.

Artikel menarik:

Kongsikan