no script

Memilih baju pengantin yang terbaik boleh menyebabkan para pengantin wanita khususnya, pening sehingga tidak kenyang makannya dan tidak lena tidurnya 😜. Dari satu butik pengantin ke butik pengantin seterusnya, hadir ke ekspo sana-sini sehingga laman web dan majalah, semuanya diteliti.
Apakan tidak, banyak perkara perlu dipertimbangkan. Imej pengantin impian yang diidamkan sejak zaman remaja, kesopanan, harga, saiz, dan pelbagai kriteria lagi.

Jangan risau, di sini kami berikan 5 tips untuk membuat pilihan baju pengantin yang sesuai dengan majlis perkahwinan anda.


1 – Tona Warna Yang Sesuai

Utamakan warna baju yang sesuai dengan tona warna kulit anda dahulu, dan rekabentuk kemudian.
Pastikan warna baju tidak membuatkan anda kelihatan pucat atau suram. Pemilihan warna yang sesuai menjadikan anda tampil ceria dan berseri pada hari bahagia anda.


2 – Ikut Bajet

Tetapkan had harga baju pengantin yang sesuai dengan bajet keseluruhan majlis perkahwinan anda. Sebaiknya jangan menghabiskan terlalu banyak duit semata-mata untuk baju yang hanya dipakai pada hari majlis perkahwinan itu sahaja.
Semasa proses mencari dan senarai pendek, buang semua pilihan yang melebihi had harga tersebut. Untuk lebih penjimatan, pertimbangkan untuk menyewa atau membeli baju yang siap dibuat berbanding menempah yang baru. Secara umumnya, baju pengantin yang ditempah baru jauh lebih mahal dari yang siap dibuat.


3 – Jadi Diri Sendiri

Pilihlah baju dengan rekabentuk yang menyerlahkan keperibadian anda. Pastinya ada ahli keluarga dan rakan anda yang akan mencadangkan rekabentuk baju yang cantik di mata pandangan mereka, tetapi rekaan tersebut mungkin membuatkan anda merasa janggal, kekok atau sedikit malu. Pilihlah mengikut naluri peribadi anda.
Kemudian, tambahkan sedikit sentuhan eksklusif supaya nampak lebih anggun, elegan dan mungkin glamour.


4 – Mengikut Tema Majlis

Tema sesuatu majlis bukan sahaja menentukan warna, malahan juga jenis rekaan baju pengantin tersebut. Contohnya, majlis bertemakan tradisional Melayu, baju pengantin songket adalah lebih sesuai digayakan.


5 – Ukur Baju di Badan Sendiri 

Bak kata orang barat, “literally“. Pastikan ukuran dan rekaan bentuk baju pengantin yang dipilih sesuai dengan badan anda. Seringkali kita nampak sesuatu rekaan baju itu cantik dan anggun digayakan oleh model atau patung pameran, tetapi belum pasti ianya sesuai dengan badan anda.
Rekaan dan ukuran yang sepadan dengan badan anda boleh menampakkan anda lebih kemas dan anggun. Dan yang paling penting, selesa untuk dipakai sepanjang majlis perkahwinan anda nanti.

Sekiranya anda sedang memulakan misi mencari baju pengantin untuk majlis perkahwinan anda atau rakan anda, sila lawati laman utama kami di www.KahwinLife.com dan cari vendor baju pengantin di kawasan berdekatan anda.

Anda mempunyai tips lain untuk memilih baju pengantin? Kongsikan tips anda di ruang komen atau di laman fanpage kami. Juga, like dan share fanpage kami untuk mendapatkan tips perkahwinan dan rumahtangga yang menarik daripada kami.

Artikel menarik:

Kongsikan