no script

Runsing memikirkan idea untuk hantaran pasangan anda? Nah, di sini kami kumpulkan 7 Idea Hantaran Yang Trendy.

 

1) Konsep Salji


Gubahan hantaran ini seakan-akan kelihatan seperti salji. Gubahan yang simple, cantik dan segar. Sangat sesuai dibuat hantaran pada majlis akad nikah.

2) Konsep Sangkar Burung


Sangkar burung ini dihiasi dengan bunga mawar yang berwarna merah jambu menaikkan seri dalam gubahan hantaran ini. Kerawang di sangkar burung yang berwarna putih ini tampak cantik dan kreatif.

3) Beralas Kayu Pallet


Gubahan di atas kayu pallet ini memang lain dari yang lain. Menerapkan ciri-ciri alam semula jadi yang dihiasi daun dan bunga teratai di sekitar hantaran tersebut.

4) Bekas Kaca


Gubahan hantaran di dalam bekas kaca ini kelihatan mewah . Bunga-bunga yang dihiasai di sekitar dulang hantaran dapat menaikkan seri serta menyejukkan mata yang memandangnya.

5) Konsep Props


Gubahan hantaran ini sangat trendy. Corak dan warna yang terdapat di bahagian kotak-kotak tersebut memberi kelainan yang menarik. Dihiasi pula props yang comel membawa anda di zaman era 80 an.

6) Hantaran Di Atas Rehal


Kebiasaanya masyarakat melayu menggunakan rehal sebagai tempat letak al-quran untuk mengaji. Berbeza pula dengan pasangan ini, mereka menggunakan rehal sebagai pengganti dulang hantaran. Kelihatan unik dan menampilkan ciri-ciri melayu yang asli kerana menggunakan simbol kayu sebagai dulang hantaran.

7) Konsep Esklusif


Gubahan hantaran ini tampak esklusif dan sangat sesuai diberikan kepada pengantin lelaki. Menggunakan warna biru gelap sebagai warna utama dan dihiasi dengan daun dan renda emas langsung memberi hasil yang memuaskan.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membangkitkan semangat kreativiti anda dalam persiapan hantaran perkahwinan anda nanti. Kongsikan juga idea hiasan hantaran yang lain di ruang komen dan di page FB kami.

Menarik:
4 Langkah Mudah Membuat Dulang Hantaran [DIY]
Checklist Persiapan Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin

Untuk tips menarik seperti ini di masa akan datang, sila like dan share page Facebook kami, atau daftar utk newsletter KahwinLife.com.
Bagi memudahkan persiapan perkahwinan anda, cari baju pengantin, katering, servis fotografi perkahwinan dan lain-lain di laman utama KahwinLife.com.

Artikel menarik:

Kongsikan