no script

Bagi pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan, pasti antara perkara yang banyak dipertimbangkan ialah tema majlis perkahwinan tersebut.

Tema yang ditetapkan untuk sesuatu majlis boleh memudahkan proses pemilihan rekaan baju pengantin dan ahli keluarga, hiasan pelamin, hiasan meja makan dan sebagainya.

Di sini kami kongsikan 7 idea menarik untuk dijadikan tema majlis perkahwinan anda:

1) Tema Korea

Konsep Korea meletakkan platform seakan-akan singgahsana yang dipenuhi dengan pokok sakura berwarna merah jambu dan putih. Ditambah pula dengan hiasan bunga putih merimbun di sekitar tangga pelamin menimbulkan aura suasana musim salji. Beruntunglah sesiapa yang menghadiri majlis perkahwinan anda, kerana mereka bukan sahaja dapat menikmati juadah enak yang disediakan, malah dapat merasai pakej ke negara Korea sekaligus 😉

2) Tema Fairy Tale

Untuk tema fairy tale, inspirasi boleh diambil dari cerita dongeng yang terkenal seperti Cinderella, Snow White dan lain-lain.
Anda boleh menghias pelamin untuk kelihatan seperti kereta kuda yang berwarna putih dengan pacuan empat roda untuk membawa anda ke alam fantasi Cinderella. Ukiran kerawang yang halus di kereta kuda ini menyerlahkan lagi konsep yang ingin diterapkan. Jika si mempelai perempuan mengenakan gaun kembang pasti akan kelihatan seperti Si Cinderella yang anggun dan jelita.

3) Tema Dalam Taman

Konsep perkahwinan dalam taman menggunakan pelamin yang dihiasi dengan pokok dan bunga yang berwarna putih dan hijau. Konsep ini tampak sangat menenangkan dan menyejukkan mata. Warna hijau melambangkan alam, simbol kesuburan dan harmoni. Manakala, warna putih pula melambangkan kesucian dan kesempurnaan.
Tema ini akan membuat anda kelihatan menyerlah dan kelihatan segar di hari bahagia.

4) Tema Pantai

Tema seterusnya berkonsepkan pantai. Pasti ramai pasangan bakal pengantin mengidamkan majlis perkahwinan mereka berada di pantai yang indah disertai tiupan angin bayu. Dihiasi dengan set meja kerusi yang berwarna putih dan ditambah dengan hiasan bunga segar di atas meja, majlis perkahwinan anda pasti nampak elegan dan klasik. Sememangnya suasana di pantai akan menimbulkan rasa ketenangan, kesegaran dan romantis.

5)Tema Musim Salji

Tema ini menggunakan tirai batu kristal yang digantung di atas pelamin untuk kelihatan seperti ketulan ais. Manakala taburan serbuk putih di atas lantai melambangkan salji. Pelamin tema ini diserlahkan lagi dengan hiasan bunga yang mempunyai tona warna lembut dan segar. Tema ini akan membuat anda kelihatan bagai bidadari kayangan di majlis perkahwinan anda.

6) Tema Hipster

Konsep ala-ala hipster ini menampilkan ciri-ciri moden dan minimalis menggunakan hanya kayu-kayu pallet sebagai latar belakang pelamin. Rekaan pelamin ini sememangnya tampak lain dari yang lain. Konsep hipster semakin trendy dan digemari oleh masyarakat di negara ini. Jika anda ingin tampak kelainan, tema ini sangat sesuai digunakan pada majlis anda.

7) Tema Tradisional

Tema ini menggunakan hiasan mega ukiran kerawang yang berwarna emas pada pelamin untuk menunjukkan ciri-ciri kesultanan Melayu. Tirai labuh yang berwarna merah sebagai latar belakang membuatkan pelamin kelihatan mewah dan gah.
Tema ini sangat sesuai jika dipadankan dengan baju kebaya songket yang merupakan baju adat resam tradisional Melayu. Boleh juga ditambahkan dengan pasukan pengapit dan pengiring mengenakan pakaian seperti para pembesar istana atau para hulubalang. Pasti majlis perkahwinan anda akan tersemat di ingatan tetamu anda.

Pastinya terdapat banyak lagi tema menarik selain yang disenaraikan di atas untuk majlis perkahwinan anda. Lebih-lebih lagi dengan adanya pereka bentuk dan perancang perkahwinan yang sememangnya pakar dan kreatif. Sekiranya anda juga mempunyai idea tema majlis yang menarik, kongsikan di ruang komen di bawah, atau di laman page FB kami.

Untuk mencari perancang perkahwinan (wedding planner), butik pengantin dan katering di sekitar anda, sila lawati laman utama kami, KahwinLife.com.

Artikel menarik:

Kongsikan