no script

Anda ingin menhasilkan gambar perkahwinan yang cantik serta menakjubkan? Di sini kami senaraikan beberapa lokasi yang menarik dan seakan-akan seperti anda berada di luar Negara.
Ikuti 8 Lokasi Menarik untuk Gambar Outdoor Perkahwinan:

1) Taman Negara, Pulau Kukup


Suasana alam semulajadi di Taman Negara Pulau Kukup, Pontian, Johor akan membuatkan anda berasa tenang dan nyaman bila berada di sini. Tempat yang sesuai untuk diambil gambar yang cantik dan segar apabila anda berada di sini.

2) Colmar Tropicale Berjaya Hills


Senibina di Colmar Tropicale Berjaya Hills diambil ilham dari negara Perancis. Lokasinya yang menarik dan rekaan yang unik membuatkan ramai pengunjung datang ke sini untuk mengambil gambar.

3) Alor Setar, Kedah


Ini bukan di negara Jepun tetapi hanya di Alor Setar, Kedah sahaja. Pokok yang seakan seperti pokok bunga sakura ini bermusim pada sekitar bulan Februari dan Mac. Jika hari bahagia anda pada waktu ini, anda sangat bertuah kerana ini merupakan masa yang sesuai untuk mengambil gambar yang bermakna dan romantis.

4) Pantai Klebang, Melaka


Pantai Klebang merupakan destinasi popular bagi orang awam kerana kedudukan yang strategik di kawasan tengah bandar Melaka. Pemadangannya seperti anda berada di padang pasir yang agak tersorok. Walaupon lokasinya yang agak tersembunyi, namun ramai orang awam yang datang bergambar di kawasan ini. Transport 4X4 ke Pantai Klebang juga ada disediakan hanya RM 6 sahaja seorang untuk pergi dan balik. Jika anda memandu kereta anda di kawasan berpasir ini, dikhuatiri pasir jerlus boleh menyebabkan kereta anda terkandas.

Tips: Tinggalkan kawasan tersebut sebelum jam 7.00 petang.

5) Masbro Village, Melaka


Masbro Village merupakan tempat penginapan `ala homestay` di Melaka. Senibina yang luar biasa dan unik ini akan membuatkan anda ingin mengunjungi ke kawasan ini. Ada yang mengatakan konsep ini diambil dari konsep Australia Village.

6) Putrajaya Wetland


Lokasi jeti ini terletak di Putrajaya Wetland. Pemandangan yang sangat cantik dan menakjubkan. Sesuai diambil gambar pada waktu senja untuk mendapatkan hasil gambar yang memuaskan.

7) Taman Saujana Hijau Putrajaya


Taman Saujana Hijau Putrajaya ini membuatkan anda berasa seperti di negara ala New Zealand. Kedudukannya yang agak berbukit bakau dan dikelilingi suasana kehijauan membuatkan anda berasa nyaman di sini. Lokasi ini sesuai dijadikan sebagai gambar outdoor perkahwinan anda.

8) Ladang Teh, Cameron Highlands


Ladang Teh Boh Cameron Highlands sudah tidak asing lagi dengan masyarakat di Malaysia serta di luar negara. Pemandangan yang cantik kehijauan serta suhu yang agak sejuk sekitar 18 darjah selsius menyebabkan Cameron Highlands menjadi tumpuan buat para pengunjung. Ramai pengantin mengambil peluang untuk mengambil gambar yang romantis di sini.

Anda tahu lokasi-lokasi menarik lain untuk penggambaran perkahwinan outdoor? Sila kongsikan di ruang komen.

Sekiranya anda memerlukan khidmat jurufoto professional untuk majlis perkahwinan anda, anda boleh mencari di KahwinLife.com.

Menarik:
7 Idea Tema Majlis Perkahwinan
Checklist Persiapan Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin

Untuk tips menarik seperti ini di masa akan datang, sila like dan share page Facebook kami, atau daftar utk newsletter KahwinLife.com.
Bagi memudahkan persiapan perkahwinan anda, cari baju pengantin, katering, servis fotografi perkahwinan dan lain-lain di laman utama KahwinLife.com.

Artikel menarik:

Kongsikan