no script

Perkahwinan adalah satu ibadat. Di antara tanda-tanda kebesaran Allah dijadikan perkahwinan untuk memastikan kesinambungan zuriat manusia secara halal mengikut syarak dan lahir rasa mawaddah warahmah di antara suami dan isteri.
Berikut ialah 8 tips untuk mendapatkan rumahtangga yang dilimpahi barakah:

1) Jangan tinggal solat fardhu

Solat merupakan tiang agama dalam kehidupan sebagai umat Islam. Jika tiada tiang maka runtuhlah agama itu. Jika kita menjaga solat umpama kita menjaga seluruh kehidupan kita.

2) Solat berjemaah dengan isteri dan anak.

Sesekali kita menunaikan solat berjemaah bersama keluarga. Apabila ayah menjadi imam, isteri dan anak-anak akan taat dan patuh hormat mengikut pergerakan dalam solat. Begitu juga dengan kehidupan kita, Ayah yang menjadi pemimpin dan arah panduan dalam keluarga, isteri dan anak-anak perlu taat kepada ketua selagi ia tidak bercangah dalam syariat Islam.

3) Sumber pendapatan yang Halal

Sebagai ketua keluarga, pencarian kerja yang halal merupakan perkara wajib dalam Islam. Jika pekerjaan kita bukan dari sumber pencarian yang halal, maka seluruh keluarga yang dapat dari duit sumber tersebut akan menjadi haram.

4) Tidak membangga diri

Jangan bangga diri akan pencapaian dan harta yang diperolehi di dunia ini. Hal ini kerana semuanya merupakan pinjaman dan pemberian nikmat dari Allah. Sentiasa merendah diri dan berasa syukur atas nikmat dan rezeki yang telah diberikan oleh Allah Taala.

5) Mudahkan urusan orang lain

Mempermudahkan urusan orang lain dan jangan mempersulitkan. Allah suka hambanya yang sentiasa berusaha menolong saudaranya yang sedang dalam kesusahan.

6) Jaga dan taat kepada ibu bapa

Jaga ibu bapa dan membalas jasa budi mereka selagi mereka berada di dunia. Jangan buat mereka rasa tersinggung atau kecil hati dari perangai atau kata-kata yang keluar dari mulut kita. Sentiasa berusaha menggembirakan mereka dan menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dahulu.

7) Jangan bersangka buruk kepada suami / isteri

Bersangka buruk ini selalunya hadir dari bisikan syaitan. Sentiasa beristighfar dan mempercayai pasangan kita dengan setulus hati. Berfikir secara rasional dan berbincang secara baik  dengan pasangan jika berlaku salah faham.

8) Selalu bersedekah

Amalkan bersedekah kerana orang yang bersedekah rezekinya akan bertambah dan dapat membersihkan hartanya serta membantu orang lain. Allah sangat suka akan hambanya yang suka bersedekah walaupun hanya sedekahkan senyuman.


Menarik:
– Petua Mendapatkan Kulit Muka Berseri
– Checklist Persiapan Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin

Untuk tips menarik seperti ini di masa akan datang, sila like dan share page Facebook kami, atau daftar utk newsletter KahwinLife.com.
Bagi memudahkan persiapan perkahwinan anda, cari baju pengantin, katering, servis fotografi perkahwinan dan lain-lain di laman utama KahwinLife.com.

Artikel menarik:

Kongsikan