no script

Sebelum ini, kami ada kongsikan 4 Langkah Mudah Membuat Dulang Hantaran [DIY]. Maka, sebagai lanjutan, di sini kami kongsikan pula langkah-langkah membuat hiasan bunga ros untuk pelamin majlis perkahwinan anda.
Hiasan ini juga boleh digunakan di tempat-tempat lain seperti dulang hantaran, hiasan meja, doorgift dan sebagainya.

Sumber: www.HGTV.com

Bahan-Bahan dan peralatan:
– Kertas crepe
– Gunting
– Dawai bunga
– Pita (tape) bunga berwarna hijau (Dari kedai bunga)

Langkah-langkah:

1) Gunting bentuk kelopak bunga ros
Guntingkan bentuk kelopak bunga ros di kertas crepe. Cara-caranya adalah seperti gambar di bawah.

2) Batang bunga ros
Guntingkan kertas crepe berbentuk segi empat dan lipat kertas tersebut menjadi bentuk segi tiga. Balutkan kertas tersebut pada dawai bunga.


Selepas itu, tutupkan sebahagian kertas crepe di bahagian bawah dan balutkan dawai tersebut menggunakan pita bunga yang berwarna hijau.

3) Bunga Ros
Tambahkan beberapa kelopak bunga ros dan diselang-seli dengan balutan pita hijau. Ulangi langkah tersebut sehingga menjadi bunga ros.

4) Hiaskan pelamin
Hiaskan pelamin anda mengikut kreativiti anda. Anda boleh menggunakan barang-barangan yang sedia ada di rumah sebagai penambah seri pelamin anda. Pastikan pelamin anda mengikut tema yang anda inginkan. Gambar di bawah menunjukkan contoh Pelamin DIY yang sudah siap.


Untuk lebih menarik, anda boleh gunakan kertas crepe pelbagai warna dan membuat bunga ros berlainan saiz, mengikut tema majlis anda.

Proses membuat hiasan ini tentu lebih seronok dan membawa memori indah sekiranya dilakukan secara beramai-ramai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Untuk tips menarik seperti ini di masa akan datang, sila like dan share page Facebook kami, atau daftar utk newsletter KahwinLife.com.

Bagi memudahkan persiapan perkahwinan anda, cari baju pengantin, katering, servis fotografi perkahwinan dan lain-lain di laman utama KahwinLife.com.

Semoga berjaya!

Artikel menarik:

Kongsikan