no script

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan. Tetapi bagaimana kita mengetahui siapa yang memang ditakdirkan untuk kita. Banyak orang yang belum dipertemukan jodohnya merasa gelisah, stress, bahkan kesal karena usianya yang semakin meningkat namun jodoh yang diinginkan tak kunjung datang.

Kita sememangnya tidak tahu siapa bakal jodoh kita. Tetapi, tanda-tanda di bawah ini berkemungkinan boleh membantu anda dalam menentukan sikap ketika jodoh semakin dekat dengan seorang wanita/lelaki.

1) Selesa

Apabila anda bersama dengan dia, anda berasa selesa untuk bertukar pendapat dan pandangan. Tidak berasa rimas dan gelisah. Namun, berasa nyaman dan selamat bila berada di sampingnya.

2) Menjadi diri sendiri

Anda atau si dia tidak berlakon untuk tampak hebat malah menjadi diri sendiri. Ada kalanya, seseorang itu terpaksa berlakon di hadapan pasangan untuk pasangan itu memberikan perhatian sepenuhnya kepadanya. Sedangkan, itu semua hanyalah lakonan dan sandiwara sahaja.

3) Susah senang bersama

Bila di waktu genting, dia sentiasa ada dan cuba menyelesaikan masalah bersama-sama. Sentiasa memberi sokongan untuk membina masa depan dan bersedia untuk hidup bersusah dahulu dan bersenang-senang kemudian.

4) Menerima diri anda seadanya

Dia tidak pernah membandingkan anda dengan orang di sekelilingnya dan menerima kelebihan dan kekurangan anda seadanya. Dalam pada sama sentiasa memberi semangat untuk memperbaiki kelemahan diri untuk menjadi manusia yang lebih baik di masa hadapan.

5) Saling Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya suatu rahsia perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Bila anda mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa tenang apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak merahsiakan apa pun kepadanya dan malah kita rasa rahsia kita pasti selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah orang yang memperoleh kedua-duanya.

6) Kata Hati

Dengarlah kata hati. Manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria ini juga anda dapat saling memahami perasaan masing-masing. Anda dan si dia juga dapat membaca fikiran satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Bila anda yakin dengan pilihan hidup anda, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk anda? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahkanlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

7) Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya adalah takdir Allah S.W.T. Manusia hanya berusaha di dunia ini dan senarionya ditulis oleh Yang Maha Kuasa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi sememangnya mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjuk-Nya. Jika si dia pilihan kita, buatlah keputusan terbaik. Jika tidak, tolaklah si dia dengan sebaik mungkin. Semua yang kita lakukan ini adalah untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada Allah dan teruslah berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhiratlah yang kekal selamanya.

Menarik:
– 8 Tips Rumahtangga Berkat
– Checklist Persiapan Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin

Untuk tips menarik seperti ini di masa akan datang, sila like dan share page Facebook kami, atau daftar utk newsletter KahwinLife.com.
Bagi memudahkan persiapan perkahwinan anda, cari baju pengantin, katering, servis fotografi perkahwinan dan lain-lain di laman utama KahwinLife.com.

Artikel menarik:

Kongsikan