no script

Dalam menyiapkan diri menuju hari perkahwinan, sudah tentu wajah yang berseri menjadi salah satu agenda penting.
Di sini kami kongsikan beberapa bahan yang boleh digunakan untuk membantu kulit muka anda menjadi lebih cantik:

 

1) Timun – Mengurangkan lingkaran hitam bawah mata


Timun memiliki kandungan antioksidan yang dapat meremajakan dan menghaluskan kulit wajah. Khasiat timun juga dapat mengurangi lingkaran hitam pada daerah sekitar mata. Hiriskan timun secara halus dan bulat-bulat dan letakkan di sekitar permukaan mata. Selepas 20 minit, bilaskan muka dengan air sejuk.

2) Tomato – Kulit lembut dan licin


Gosok sebiji tomato yang masak dalam gerakan bulatan di wajah dan biarkan kering sehingga satu jam. Bilas dan sapukan pelembap wajah kegemaran anda. Langkah ini untuk wajah yang bersih berseri tanpa sebarang jerawat.
Amalkan makan buah tomato setiap hari sebagai diet tambahan kerana tomato kaya dengan sumber lycopene, yang membantu kondisi kulit untuk kekal muda dan anjal seperti kulit bayi. Malah lycopene membantu melindungi kulit daripada sinaran UV.

3) Lemon – Mencerahkan kulit


Adakah anda memiliki wajah yang kusam dan tidak berseri? Jangan risau, ternyata ada khasiat lemon bagi wajah kusam yaitu mencerahkan wajah. Vitamin C yang sangat tinggi dalam lemon akan menanggalkan sel-sel kulit mati dan menjadikan kulit jauh lebih cerah. Penggunaan lemon ini sangat mudah, buat jus lemon dengan membelahnya terlebih dahulu kemudian diperah. Lalu, tambahkan pula 2 senduk teh madu ke dalam lemon dan kacau sehingga sebati.
Madu akan menghaluskan kulit, tetapi boleh juga diganti dengan air ataupun air mawar jika tiada madu. Sapukan campuran lemon dan madu tersebut ke seluruh bahagian wajah, tunggu sehingga 15 minit dan bilas. Untuk hasil yang terbaik, lakukan treatment ini 1 kali seminggu untuk memiliki wajah yang cantik dan berseri.

4) Ais – Mengecilkan liang pori


Ratakan ais di sekitar muka selama 2 hingga 3 minit. Jika anda lakukan secara konsisten, anda akan perasan, liang pori anda yang besar, dan terbuka itu akan mula untuk tertutup dalam hanya beberapa hari.
Untuk mendapatkan kulit cerah, anda boleh membuat facial ais batu. Caranya dengan mencampurkan air, timun yang sudah dihaluskan, madu dan air perahan lemon. Kemudian bekukan di freezer. Untuk menggunakannya, keluarkan ais batu dari freezer. Biarkan dulu sekitar 30 saat agar sedikit mencair dan lebih lembut. Baru gosokkan ke seluruh permukaan kulit wajah dan leher. Tunggu sehingga 5 ke 10 minit, baru bilas dengan air bersih.

5) Yogurt – Pelembap dan pencerah semulajadi


Yogurt dapat menyegarkan kembali kulit yang layu dan kusam. Caranya, sapukan yogurt pada kulit yang telah dibasahi air, urut muka dengan perlahan-perlahan hingga yogurt meresap ke dalam kulit. Biarkan selama kurang lebih 10 minit, lalu bilas dengan air hangat. Kandungan asam laktat merupakan asam hidroksi semulajadi yang dapat membantu pengelupasan, melembapkan, serta membuat kulit halus-mulus.

Anda ada lagi tips mencantikkan kulit? Kongsikan di ruang komen di bawah.

Menarik:
– 5 Tips Bersenam Untuk Bakal Pengantin
– Checklist Persiapan Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin

Untuk tips menarik seperti ini di masa akan datang, sila like dan share page Facebook kami, atau daftar utk newsletter KahwinLife.com.
Bagi memudahkan persiapan perkahwinan anda, cari baju pengantin, katering, servis fotografi perkahwinan dan lain-lain di laman utama KahwinLife.com.

Artikel menarik:

Kongsikan