no script

Negara Malaysia terkenal dengan istilah “syurga makanan”. Maka tidak hairanlah jika populasi penduduk di Malaysia mempunyai masalah obesiti yang tinggi. Pemakanan memainkan peranan yang sangat penting untuk tubuh badan manusia. Bermula dari pemakanan, kesihatan seseorang boleh dibentuk.
Di sini, kami berikan beberapa tips untuk membantu anda kekal langsing melalui pemakanan yang sihat tanpa perlu berbelanja lebih.

1) Epal Hijau

Epal hijau mempunyai rasa sedikit masam dan adakalanya berperasa manis dan masin. Ia juga dikenali sebagai Granny Smith epal. Ramai yang mengatakan ia sesuai dijadikan makanan pilihan bagi orang yang sedang berdiet kerana ia kaya dengan nutrient tambahan serta mengandungi kalori yang rendah. Kalori bagi sebiji epal 154g mempunyai lebih kurang 80 kalori. Ia merangkumi 4 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan iaitu 2000 – 1500 kalori.
Epal hijau juga sangat efektif untuk menurunkan berat badan,jika makan sebiji epal yang berukuran sederhana 15 minit sebelum makan boleh mengawal nafsu makan yang tinggi.

2) Teh Hijau

Khasiat dari teh hijau sudah terbukti dapat menurunkan berat badan. Kajian menunjukan bahawa teh hijau dapat meningkatkan pembakaran lemak sehingga membuat tubuh menjadi langsing. Malah, teh hijau memiliki kandungan antioksidan dan zat yang sangat bermanfaat sekali bagi kesihatan manusia.
Tips: Tambahkan jus lemon untuk rasa yang lebih sedap dan kesan pelangsingan yang lebih efektif.

3) Yogurt Rendah Lemak

Yogurt rendah lemak kaya dengan kandungan protein dan kalsium. Ia terbukti dapat meningkatkan lagi kadar metabolisma tubuh. Kajian mendapati seseorang yang mengamalkan diet yogurt rendah lemak ini boleh kehilangan berat badan 2 kali ganda lebih cepat. Ini kerana, kita mendapat sekurang-kurangnya 1,200mg kalsium setiap hari berbanding orang yang kekurangan kalsium.

4) Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai serat yang tinggi. Ianya mengandungi kurang kalori dan beri rasa kenyang yang lama. Makanan tinggi serat bukan sahaja bantu meningkatkan metabolisma, malah bagus untuk penghadaman. Penghadaman yang lancar juga salah satu cara menurunkan berat badan.

5) Daging

Daging adalah salah satu makanan terbaik untuk pembakaran lemak kerana tubuh menggunakan lebih banyak kalori semasa proses pencernaan. Namun, pastikan kita buang terlebih dahulu lemak dan kulit daging ayam dan itik. Kalau nak senang, guna sahaja bahagian dada. Jika menggunakan daging lembu, pastikan bahagian lemak yang nampak enak itu pun dibuang.
Lebihkan pengambilan daging putih (white meat) seperti daging ayam dan ikan, berbanding daging merah (red meat) seperti daging lembu dan kambing.

6) Kurangkan Gula

Gula yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan dan boleh menyebabkan punca kegemukan dan kencing manis. Malah, gula juga merupakan penyebab kolestrol yang tinggi dalam badan. Maka, gantikan minuman yang mempunyai gula yang tinggi dengan minuman jus buah-buahan yang sebenar. Ia merupakan menu yang lebih sihat dan lazat.
Pesanan: Elakkan minuman bergas dan minuman manis di dalam tin, kotak dan botol.

7) Air Kosong

Banyakkan minum air kosong atau air mineral. Air kosong boleh membantu badan menyingkirkan toksin, seterusnya membantu dalam mengurangkan berat badan.

Anda ada lagi tips pemakanan sihat untuk kekal langsing? Kongsikan di ruang komen di bawah.

Menarik:
– 5 Tips Bersenam Untuk Bakal Pengantin
– Checklist Persiapan Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin

Untuk tips menarik seperti ini di masa akan datang, sila like dan share page Facebook kami, atau daftar utk newsletter KahwinLife.com.
Bagi memudahkan persiapan perkahwinan anda, cari baju pengantin, katering, servis fotografi perkahwinan dan lain-lain di laman utama KahwinLife.com.

Artikel menarik:

Kongsikan