no script

Tutorial Melanggan Pakej Iklan KahwinLife.com

Selamat datang ke KahwinLife.com. Kami ucapkan terima kasih kerana berminat dengan pakej pengiklanan kami.

Di sini kami sediakan tutorial langkah demi langkah cara-cara untuk melanggan pakej iklan di KahwinLife.com.

 

1 – Log Masuk atau Daftar Akaun di KahwinLife.com

Untuk melanggan iklan, anda perlu memiliki akaun pengguna KahwinLife.com. Mula dengan pergi ke laman http://www.kahwinlife.com/my-account/.

Di sini anda boleh log masuk sekiranya anda sudah mempunyai akaun KahwinLife.com. Sekiranya belum, anda boleh daftar akaun baru di ruang Register.
Anda juga boleh log masuk atau daftar menggunakan akaun laman sosial Facebook atau Google anda yang sedia ada.

 

2 – Laman Akaun Anda

Selesai proses log masuk / daftar, anda akan dibawa ke laman akaun anda.


Di sini anda boleh menyemak dan mengemaskini maklumat profail anda, lihat status order anda.
Sekiranya anda sudah melanggan iklan, anda boleh klik di pautan Listings dashboard untuk menyemak senarai iklan yang anda langgani.

 

3 – Pakej Iklan

Untuk mula melanggan pakej iklan, anda perlu ke laman Pakej Iklan untuk memilih pakej yang anda mahu.

Pastikan anda membaca dengan teliti perbezaan pakej-pakej yang ditawarkan sebelum membuat pilihan. Kemudian, klik Pilih.

 

4 – Isi Borang

Seterusnya anda akan dibawa ke laman borang.
Di sini, anda boleh memasukkan info servis / produk perkahwinan yang anda tawarkan.

Bermula dengan Bismillah 🙂. Bermula dengan mengisi tajuk servis / produk anda di ruang Listing Title. Ruang ini wajib diisi.

Seterusnya anda perlu mengisi info servis / produk anda secara terperinci supaya memudahkan pelawat faham dan tertarik.
Sekiranya anda ada menawarkan pakej-pakej atau promosi menarik, di sinilah anda boleh masukkan info-info tersebut.

Tips: Info yang mudah difahami lebih senang diingati pelawat.

 

Seterusnya ialah ruang Contact Email. Di sini anda boleh masukkan alamat email untuk menerima mesej dari pelawat yang mengisi borang Contact di dalam iklan anda nanti.
Sekiranya anda mahu email dihantar ke alamat email yang digunakan untuk akaun KahwinLife anda, ruang ini boleh diabaikan.

Kemudian, anda boleh memilih kategori servis / produk yang anda tawarkan. Kategori yang tepat memudahkan pelawat untuk mencari iklan anda.
Jumlah kategori yang anda boleh pilih adalah bergantung kepada pakej iklan yang anda ambil. Sila rujuk di sini.

 

Di ruang Listing Tags, anda boleh masukkan kata kunci (keywords) yang berkaitan dengan servis / produk anda. Sebagai contoh: “fotografi shah alam”, “saleh fotografi” atau “fotografi perkahwinan”.
Anda digalakkan untuk memasukkan 3 hingga 5 tag. Tag yang tepat boleh meningkatkan carian di Google.

 

Ruangan seterusnya ialah ruang maklumat vendor. Di sini anda perlu memasukkan info syarikat anda, waktu operasi, nombor telefon, WhatsApp, page Facebook, Instagram, website dan email rasmi anda.
Sila pastikan maklumat yang tepat dan terkini bagi memudahkan pelawat yang berminat untuk menghubungi anda.
Sepanjang tempoh iklan berjalan, anda boleh mengemaskini info tersebut pada bila-bila masa.

 

Seterusnya ialah ruang media.
Anda boleh memuatnaik gambar-gambar menarik berkaitan servis / produk anda di sini. Selain gambar, anda juga boleh memuatnaik poster pakej atau promosi untuk tatapan pelawat.

Cara memuatnaik ialah:

  1. Klik Choose File
  2. Pilih gambar
  3. Klik Upload Image

Ulangi langkah di atas untuk gambar-gambar seterusnya.
Untuk video, anda boleh masukkan pautan video YouTube atau Vimeo anda ke ruang yang disediakan, dan klik Attach Video.

Bilangan gambar dan video yang boleh dimasukkan juga bergantung kepada pakej iklan yang dipilih.

 

Kemudian, anda perlu mengisi maklumat lokasi anda. Mulakan dengan memilih negeri dari senarai, seterusnya isi alamat lengkap anda di ruang Address Line 1 dan Address Line 2.
Klik Generate on Google map.
Sekiranya pin pada Google Map yang dipaparkan tidak tepat, anda boleh menggerakkannya ke kedudukan yang betul.

 

Selesai mengisi anda perlu mengesahkan reCaptcha, dan setuju kepada Terma Penggunaan KahwinLife.com.

 

5 – Semak Keluar (Checkout)

Paparan seterusnya ialah laman semak keluar. Di sini ringkasan pesanan pakej anda akan dipaparkan di bahagian atas. Sekiranya terdapat pesanan yang tidak diinginkan, anda boleh padam dengan klik (X) di sebelah pesanan tersebut.
Sekiranya anda mempunyai kupon diskaun, anda boleh masukkan di ruangan Coupon, dan klik Apply Coupon.

Di bawahnya ialah ruang maklumat pembeli. Anda perlu memasukkan nama, nama syarikat, nombor telefon dan email. Kemudian, klik Place Order untuk membuat bayaran.

 

6 – Membuat Bayaran

Anda akan dibawa ke laman SenangPay untuk proses pembayaran. Di sini anda perlu semak dan pastikan harga dan maklumat yang tertera adalah tepat.
Skrol ke bawah dan anda akan dapat lihat pilihan cara pembayaran iaitu kad kredit / debit dan FPX.

Pembayaran dengan menggunakan kad kredit atau debit boleh dibuat di ruang Credit / Debit Card.
Manakala untuk membayar dengan menggunakan perbankan atas talian (online banking), klik FPX, dan anda boleh pilih di antara bank yang tersenarai di situ.

Selesai pembayaran, anda akan dibawa kembali ke laman KahwinLife.com. Anda juga akan menerima email pengesahan pembayaran oleh sistem.

 

7 – Semak Iklan

Untuk menyemak iklan yang anda telah hantar, anda boleh ke laman My Account > Listing dashboard atau terus ke Dashboard Vendor.

 

Perlukan bantuan? Hubungi kami dengan mengklik ikon di sebelah kanan bawah skrin. Kami boleh dihubungi melalui telefon, WhatsApp, Facebook dan email.
Info untuk hubungi kami juga boleh didapati di sini.

 

Iklan

Artikel Terbaru

Ikuti Kami di Facebook Ikuti Kami di Youtube

Artikel menarik:

Kongsikan