no script

F.A.Q – Soalan Lazim

Pengenalan Kepada KahwinLife

Apakah KahwinLife?

KahwinLife.com adalah sebuah portal carian lengkap untuk senarai perkhidmatan rumah tangga meliputi fasa pra-perkahwinan, perkahwinan, bulan madu, mengandung/bersalin dan ibu bapa yang baru menimang cahaya mata.

Bagaimana KahwinLife berfungsi?

KahwinLife berfungsi sebagai direktori senarai servis dan produk perkahwinan dan rumahtangga yang ditawarkan di seluruh Malaysia.

Pelawat boleh menggunakan KahwinLife untuk mencari dan menghubungi vendor-vendor untuk mendapatkan servis dan produk tersebut.

Apakah servis yang ditawarkan oleh KahwinLife?

KahwinLife menawarkan servis pengiklanan berbayar kepada vendor-vendor servis atau produk berkaitan perkahwinan dan rumahtangga untuk mengiklankan pelbagai servis/perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka kepada pengguna umum.

Seterusnya, KahwinLife akan menyenaraikan secara automatik pelbagai vendor berkaitan perkahwinan dan rumahtangga ini di portal web KahwinLife.com dan memberikan kebenaran kepada para pelawat untuk mendapatkan pelbagai info yang diperlukan oleh mereka secara percuma.

Adakah KahwinLife mesra telefon pintar?

Ya, betul. Kami cuba membuat penambahbaikan dari sehari ke sehari untuk menjadi sebuah portal web yang mesra telefon pintar dan memudahkan pengguna menggunakan KahwinLife di mana-mana sahaja menggunakan apa jua peranti.

Pendaftaran (Untuk Vendor Perkahwinan)

Bagaimana untuk mendaftar sebagai vendor di KahwinLife?

Mudah sahaja. Anda hanya perlu memasukkan username, email dan password di ruang daftar. Anda juga boleh log masuk dengan menggunakan akaun sedia ada Facebook atau Google anda.

Proses pendaftaran boleh dilakukan di sini.

Berapakah caj pendaftaran KahwinLife?

Tiada bayaran dikenakan untuk mendaftar sebagai vendor di KahwinLife. Pendaftaran adalah percuma.

Berapa lama masa yang perlu saya tunggu sebelum saya boleh menggunakan KahwinLife?

Anda boleh terus menggunakan KahwinLife selepas mendaftar.

Apakah info yang perlu saya hantar untuk proses pendaftaran?

Untuk pendaftaran, anda hanya perlu masukkan username, email dan password di ruang daftar atau log masuk dengan menggunakan akaun sedia ada Facebook atau Google anda.

Kemudian, di ruang iklan, anda boleh isikan maklumat bisnes anda seperti alamat, nombor telefon, email, media sosial dan lain-lain. Tutorial kami ada sediakan di sini.

Bagaimanakah proses pembayaran untuk pendaftaran?

Pendaftaran sebagai vendor di KahwinLife adalah percuma. Tiada bayaran akan dikenakan.

Harga Langganan Iklan (Untuk Vendor Perkahwinan)

Berapakah harga langganan iklan di KahwinLife?

Terdapat beberapa pilihan harga untuk langganan iklan. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Berapakah caj transaksi pembayaran yang dikenakan?

Tiada caj transaksi pembayaran akan dikenakan terhadap vendor yang melanggan slot iklan di KahwinLife. Caj transaksi pembayaran tersebut akan diserap sepenuhnya oleh KahwinLife.

Adakah terdapat caj tambahan lain yang perlu saya bayar?

Tiada sebarang caj tambahan atau caj tersembunyi akan dikenakan oleh KahwinLife kepada anda.

Berapa lama masa yang perlu saya tunggu sebelum iklan saya muncul di KahwinLife?

Selepas pembayaran langganan iklan berjaya dibuat, iklan anda akan muncul dengan serta merta di KahwinLife.

Berapa lamakah tempoh langganan iklan saya dengan KahwinLife?

Terdapat beberapa pilihan harga untuk langganan iklan. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah proses pembayaran untuk langganan iklan di KahwinLife?

Selepas anda memilih pakej iklan dan mengisi maklumat lengkap, anda akan dibawa ke halaman checkout, kemudian anda boleh memilih untuk membayar menggunakan perbankan online atau kad kredit. Tutorial kami ada sediakan di sini.

Saya ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan semua info harga langganan iklan yang berkaitan dengan KahwinLife. Di manakah saya boleh lihat jadual yang berkaitan?

Sila klik di sini untuk jadual harga langganan iklan.

Penggunaan

Saya terlupa kata laluan saya. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda boleh memohon untuk reset semua password dengan mengisi alamat email di sini.

Apakah Terma Penggunaan KahwinLife?

Sila klik di sini untuk membaca Terma Penggunaan kami.

Adakah KahwinLife menyediakan tutorial langkah demi langkah untuk mendaftar dan melanggan pakej iklan?

Ya, betul. Kami ada sediakan tutorial tersebut. Sila klik di sini untuk mengakses tutorial tersebut.

Khidmat Pelanggan

Saya menghadapi masalah dengan proses pendaftaran sebagai vendor dan pembayaran langganan iklan di KahwinLife. Dengan siapa saya patut hubungi?

Untuk kemudahan anda, kami ada sediakan butang ‘Hubungi KahwinLife’ di sebelah kanan bawah portal web ini. Sila hubungi kami melalui Whatsapp, PM Facebook Page, Telefon atau Email ke hello@KahwinLife.com. Info untuk menghubungi kami juga boleh dirujuk di sini.
Kami akan respon kepada anda secepat yang mungkin.

Berapa lamakah tempoh yang harus saya tunggu untuk masalah saya diselesaikan?

Kami akan cuba selesaikan masalah yang dihadapi oleh anda secepat mungkin. Biasanya dalam tempoh 1 hari hingga 2 hari bekerja (24 hingga 48 jam), bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi.

Tentang Pengendali KahwinLife

Siapakah KahwinLife?

Syarikat yang mengendalikan dan memiliki KahwinLife.com adalah SYSV PLT (LLP0010932-LGN), sebuah syarikat 100% milik Bumiputera.

Bolehkah saya mempercayai KahwinLife?

Boleh. KahwinLife adalah sebuah portal web perkahwinan dan rumahtangga yang dijayakan oleh sebuah syarikat yang berdaftar. Sila ke laman web syarikat kami di sini dan laman Facebook syarikat kami di sini.

Hubungi Kami

Saya masih mempunyai kemusykilan dan ingin bertanya soalan-soalan lain. Bagaimanakah cara yang cepat untuk saya berhubung dengan KahwinLife?

Jika anda ingin tahu lebih lanjut atau mempunyai sebarang soalan tertentu, kami sangat mengalu-alukan pertanyaan anda dan kami sedia membantu. Untuk kemudahan anda, kami ada sediakan butang ‘Hubungi KahwinLife’ di sebelah kanan bawah portal web ini. Sila hubungi kami melalui Whatsapp, PM Facebook Page, Telefon atau Email ke hello@KahwinLife.com. Info untuk menghubungi kami juga boleh dirujuk di sini.
Kami akan respon kepada anda secepat yang mungkin.

Saya dapati KahwinLife sangat menarik. Adakah kemungkinan untuk saya dan KahwinLife bekerjasama untuk sebuah hubungan perniagaan yang lebih rapat?

Sudah semestinya. Kami sangat terbuka dengan sebarang kerjasama strategik dan perbincangan lanjut boleh diadakan.
Kami boleh dihubungi melalui Whatsapp, PM Facebook Page, Telefon atau Email ke hello@KahwinLife.com. Info untuk menghubungi kami boleh dirujuk di sini.